Berita Hari Ini

Kanada Gantung Larangan Pemakaian Niqab

QUEBEC – KANADA. Seorang hakim di Kanada menggantung sebahagian dari undang-undang Quebec yang melarang pemakaian niqab semasa berkhidmat dalam perkhidmatan awam dan menerima perkhidmatan awam.

Menurut laporan Telegraph, langkah tersebut adalah satu tanda kemenangan kebebasan awam yang sebelum ini menganggap undang-undang tersebut melanggar perlembagaan dan diskriminasi terhadap wanita Muslim.

Hakim Babak Barin yang bertanggungjawab terhadap penggantungan larangan tersebut mengatakan penggantung sah sehingga kerajaan mengeluarkan garis panduan berkenaan cara perlaksanaan dan bagaimana pengecualian akan diberikan.

Undang-undang berkenaan yang diluluskan pada Oktober lepas sebelum ini dikuatkuasakan terhadap semua lapisan masyarakat, antaranya guru, pelajar, pekerja hospital dan polis.

Walaupun undang-undang berkenaan tidak merujuk pada mana-mana agama semasa perlaksanaannya, ia dikritik kerana melibatkan persalinan yang hanya dipakai sebahagian kecil wanita Muslim di Quebec.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");