Membawang Hari Ini

Kantoi Berpelukan, Afgan-Rossa Ada Hubungan?

WALAUPUN jarang memuat naik gambar ataupun video bersama, namun ramai sudah mengetahui mengenai hubungan istimewa antara pasangan penyanyi dari seberang iaitu Afgan Syah Reza dan Rossa.

Pasangan ini nampaknya bijak dalam merahsiakan hubungan mesra mereka tanpa dapat dihidu oleh media mahupun peminat sendiri, tetapi mereka sering tertangkap dengan lensa kamera ketika sedang bermesraan bersama.

Tetapi, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya pasti jatuh ke tanah jua kan.

Terdapat satu insiden yang terjadi di lapangan terbang membuatkan hubungan mesra mereka ini kantoi!

Nampak gaya seperti mereka mungkin sudah berjanji untuk bertemu di lapangan terbang dan apabila Rossa ternampak kelibat Afgan, dia terus berjalan menuju ke kekasih hatinya itu lalu terus memeluk jejaka kacak berkanaan!

Mungkin kerana tak sangka adegan mereka itu dirakam, sebab itu lah Afgan terus merangkul pinggang wanita kesayangannya itu.

Namun, apabila mereka menyedari bahawa aksi mereka itu telah dirakam, cepat-cepat Rossa menutup mukanya kerana berasa malu.

Jadi betul lah mereka ini sebenarnya mempunyai hubungan istuimewa tetapi masih merahsiakan mengenainya?

Lagi pula ramai peminat dan ahli keluarga mereka sendiri telah merestui hubungan itu.

Jangan biar lama-lama sangat bercinta tu. Takut nanti timbulkan fitnah pula, walaupun mereka tidak mengesahkan status hubungan mereka, tapi pasti ramai peminat sudah dapat meneka status mereka.

Siapa tahu mungkinsatu hari nanti tiba-tiba sahaja kita dapat berita mengenai perkahwiann mereka!

Macam contoh pelakon Fattah Amin dan Fazura, mereka langsung tidak mendedahkan kisah cinta mereka tapi tahu-tahu sahaja dah bertunang dan kini sudah bernikah.

Apa pun, mudah-mudahan tidak lama lagi kita akan dengar berita gembira daripada pasangan kegemaran ramai ini. Semoga mereka dijodohkan bersama ya. -MYNEWSHUB.CC / AH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");