Berita Hari Ini

KDN Kecewa, Pegawai Imigresen Tak Serik

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) kecewa dengan segelintir pegawai Jabatan Imigresen yang tidak pernah serik kerana masih terlibat dengan kegiatan pembolosan warga asing.

Timbalannya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, tangkapan besar-besaran terhadap pegawai terlibat sudah dilakukan tahun lepas termasuk hukuman buang kerja dan ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.

“Ketua pengarahnya juga dipilih daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Tetapi (pegawai) tak serik-serik dan kegiatan pembolosan masih lagi berlaku di KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur).

“Banyak kursus bina diri dan kerohanian dibuatkan Jabatan Imigresen. Nampaknya tidak berkesan untuk menghindar pegawai mereka dari membuat aktiviti pembolosan,” katanya pada sidang media Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam), hari lapor Sinar Harian.

Berikutan itu, KDN telah mengarahkan Jabatan Imigresen melihat secara holistik sistem penguatkuasaan dan cara kerja pegawai Imigresen termasuk penggunaan teknologi tinggi untuk mengawasi tindakan tanduk pegawai mereka.

“Begitu mudah pembolosan berlaku di lapangan terbang, terutama di bahagian kaunter, di mana penguatkuasaan dilakukan oleh Jabatan Imigresen secara amnya.

“Tapi hakikatnya kenapa pegawai Imigresen tidak takut? Mungkin hukuman belum berat untuk mereka sedar diri,” katanya.

Nur Jazlan juga tidak menafikan pihak terlibat memiliki sumber-sumber dalaman (pekerja) yang bertugas menguruskan kemasukan pekerja asing ini.

Media, sebelum ini melaporkan Jabatan Imigresen menahan pegawainya yang bertugas di KLIA susulan isu bolos membabitkan warga Bangladesh.

Menurut laporan tersebut, buruh haram warga Bangladesh diseludup masuk ke negara ini melalui KLIA setiap hari dengan diuruskan empat sindiket besar beroperasi di Dhaka, Bangladesh selain di ibu kota.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");