Perak Hari Ini

Kejayaan BNS Bina Kapal Perang Canggih,Bukti Ia Setaraf Syarikat Perkapalan Antarabangsa

LUMUT: Kejayaan Boustead Naval Shipyard (BNS) dalam membina dan menyiapkan sebuah kapal perang yang canggih serta berteknologi tinggi telah berjaya membuktikan syarikat perkapalan tempatan juga mampu berdiri setaraf dengan negara-negara maju yang lain.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Abdul Rahim berkata kejayaan yang telah dicapai setakat ini juga merupakan contoh terbaik dalam membuktikan negara sedang berada dalam landasan yang tepat bagi mencapai dividen negara yang diharapkan.

“Walaupun kita sekarang berada dalam situasi ekonomi global yang mencabar namun kerajaan tetap memberikan keutamaan terhadap segala inisiatif demi memastikan kedaulatan dan pertahanan perairan negara sentiasa terpelihara.

” Saya juga berharap BNS dapat terus menjadi pemain utama dalam industri pembinaan kapal tempatan serta membimbing rakan-rakan industri yang lain di masa hadapan, ” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Peletakan Lunas Kapal Kombat Litoral (LCS) Ke-3, di Pangkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia dekat Lumut,hari ini.

Turut hadir Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Panglima Angkatan Tentera, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Panglima Tentera Laut serta Pengarah Urusan BNS, Laksamana Madya Tan Sri Datuk Seri Ahmad Ramli.

Kapal perang LCS ke-3 seberat 3,100 tan ini mampu mencecah kelajuan maksimum sebanyak 28 nautika, serta ia bakal menjadi kapal tempur tercanggih di dalam Armada TLDM.

Selain itu, ia juga bakal menjadi aset tambahan dalam membantu agensi penguatkuasa lain seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Polis Marin dan jabatan Laut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");