Sukan Hari Ini

‘Keputusan Tok Gajah Tepat Tidak Sertai Piala AFC’

KUANTAN – Keputusan Pahang menolak tawaran menyertai Piala AFC tepat walaupun Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meminta skuad itu mempertimbangkan semula keputusan awal mereka.

Bekas pemain kebangsaan, Datuk Jamal Nasir Ismail berkata, keputusan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) itu seharusnya diterima semua pihak.

Menurutnya, Pahang tidak boleh dipersalahkan menolak tawaran itu kerana mereka tidak layak secara merit sebaliknya menggantikan Kedah yang tidak dapat beraksi kerana tidak memiliki lesen AFC.

“Pada pandangan saya, keputusan Pahang menolak tawaran menyertai Piala AFC tepat kerana mereka ditawar bukannya disahkan beraksi pada pertandingan itu.

“Pada masa sama, keputusan Pahang juga mungkin disebabkan beberapa faktor iaitu pasukan belum bersedia serta tidak mempunyai cukup masa untuk membentuk barisan terbaik.

“Bagi mengelak menjadi pasukan yang gagal mempamer aksi terbaik di Piala AFC hingga memberi kesan terhadap mutu bola sepak negara, PBNP berasakan lebih baik menolak tawaran itu.

“Bagi saya hanya barisan kepimpinan PBNP yang tahu prestasi pasukan hingga memutuskan untuk menolak tawaran selepas Kedah tidak dibenarkan beraksi,” katanya.

Jamal berkata, dalam isu itu, FAM sepatutnya membantu Kedah sama ada mendapatkan lesen sementara daripada AFC bagi membolehkan skuad Helang Merah beraksi.

“Bagi saya tidak adil mengambil tindakan terhadap Pahang dan ia sememangnya tidak sepatutnya dilakukan kerana Pahang bukannya layak secara automatik.

“Sebaiknya FAM mencari jalan penyelesaian terbaik iaitu membantu Kedah mendapatkan lesen AFC, bukannya bertindak untuk menghukum Pahang,” katanya.

Teka-teki mengenai kedudukan Pahang dalam Piala AFC 2018 terjawab kelmarin apabila PBNP tetap menolak mewakili Malaysia musim depan. – myMetro Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");