Jenayah

Kerbau ‘Naik’ Porsche

TELUK INTAN: Pemandu dan dua penumpang Porsche Cayenne menempuh pengalaman mendebarkan apabila kenderaan yang mereka naiki merempuh seekor kerbau sehingga haiwan itu terpelanting masuk ke dalam kenderaan itu.

Memetik laporan Berita Harian dalam kejadian kira-kira jam 9 malam tadi, kenderaan itu yang dalam perjalanan dari Teluk Intan menghala ke Langkap, tidak sempat mengelak seekor kerbau yang sedang melintas jalan di Kilometer 12 Jalan Changkat Jong.

Akibat perlanggaran itu, kerbau berkenaan terpelanting dan terhempas di atas cermin pelindung matahari di bumbung kenderaan itu sehingga cermin berkenaan pecah dan haiwan itu terperosok ke dalam kenderaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Superintendan Yahaya Hassan, berkata kemalangan itu menyebabkan bahagian depan kenderaan utiliti sukan (SUV) itu turut remuk.

“Kerbau itu mati di tempat kejadian, manakala semua mangsa iaitu dua berusia 30-an dan seorang kanak-kanak sembilan tahun cedera ringan.

“Mereka dirawat di Pusat Rawatan Anson Bay,” katanya.

Yahaya berkata, cuaca baik ketika kejadian dan jalan lurus, tetapi gelap berikutan tiada lampu jalan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");