Berita Hari Ini

Kes Cikgu Azizan: Bapa Murid Tak Muncul-Muncul

NILAI: Bapa kepada murid lelaki berusia 11 tahun yang terbabit dalam kes Cikgu Azizan atau Azizan Manap, 44, tidak muncul pada sidang media dijanjikannya pagi tadi.

Difahamkan pada semalam bapa kepada murid itu memberitahu media yang bersedia memberikan penjelasan apa yang berlaku di kawasan luar Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Semarak di sini, antara jam 9.30 ke 10 pagi.

Namun sehingga jam 1.30 petang tadi, dia tidak juga muncul dan akibatnya lebih 20 pengamal media terpaksa membuang masa menunggu lebih empat jam di sekolah berkenaan memetik sumber Sinar Harian.

Malah lebih sembilan panggilan telefon yang dibuat sejak jam 9.15 pagi tidak dijawab dan hanya pada jam 12.30 tengah hari dia memberitahu yang berjanji mahu berjumpa dengan media.

Bagaimanapun selepas itu, dia tidak lagi menjawab panggilan telefon begitu juga dengan isterinya menyebabkan media membuat keputusan untuk pulang.

Semalam media melaporkan, bapa murid terbabit berusia 50 tahun yang ditemui di rumahnya di Nilai memberitahu belum bersedia memberi sebarang kenyataan kerana berdepan pelbagai tekanan.

Katanya lagi, dia akan menjelaskan semuanya dalam sidang media diadakan hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");