Jenayah

Kes Tembak: Datuk, Bapa Saudara Direman

ALOR SETAR: Datuk dan bapa saudara kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang maut terkena tembakan di Kampung Empa, Mukim Derang, Pokok Sena, Alor Setar, direman tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes itu.

Menurut BH Online, perintah reman itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rendah Alor Setar, Nor Azah Idris mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Beliau membenarkan lelaki berusia 50 dan 15 tahun itu direman hingga 20 Disember ini bagi membantu siasatan kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, kedua-dua lelaki terbabit yang ditahan di tempat kejadian dibawa ke Kompleks Mahkamah Alor Setar jam 10.30 pagi.

Akhbar tempatan semalam melaporkan mangsa, Puteri Intan Shareni Mohd Hishamuddin maut selepas cedera parah di bahagian kiri mukanya akibat terkena tembakan senapang patah.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Mohd Rozi Jidin mengesahkan turut merampas selaras senapang patah daripada suspek.

Difahamkan senapang itu adalah milik moyang mangsa yang dibawa balik datuknya untuk menembak tupai.

Mohd Rozi berkata, hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa disebabkan kecederaan terkena tembakan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");