Isu Panas

Kit Siang Tak Perlu Pura-Pura Tolak Jadi PM

GEORGETOWN – Penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak perlu berpura-pura menafikan cita-citanya untuk menjadi perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan memenangi PRU14 kelak.

Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata, bapa kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng itu menyimpan hasrat untuk menjawat jawatan itu sejak mula menceburi politik dan bertanding untuk kerusi Parlimen pada 1969.

Tambahnya, DAP hanya mempergunakan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meraih undi orang Melayu dalam memenangi PRU14 bagi membolehkannya menjadi perdana menteri.

“Cita-cita Kit Siang untuk menjadi perdana menteri akan menjadi kenyataan jika Pakatan Harapan menang PRU14. Mahathir dan Anwar hanya merupakan alat politik beliau untuk meraih undi orang-orang Melayu. Sememangnya kedudukan Anwar dan Mahathir tidak layak.

“Anwar masih di penjara dan Mahathir tidak ada kerusi Parlimen. Inilah strategi licik politik DAP, iaitu menggunakan pemimpin Melayu sendiri untuk menghancurkan kuasa politik orang Melayu,” katanya menerusi kenyataan medianya memetik sumber Sinar Harian.

Zainal Abidin turut mengharapkan agar rakyat tidak terpedaya dengan muslihat licik Kit Siang yang tidak akan melepaskan kuasa politiknya jika diberi peluang.

Sabtu lalu, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dalam ucapannya ketika menangguhkan Perhimpunan Agung Umno 2017 dilaporkan berkata, beliau mendengar khabar ada orang bernama Lim Kit Siang mahu menjadi perdana menteri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");