Perak Hari Ini

Kongsi Idea Dan Produk Pelancongan Antara Perak & Putrajaya

IPOH:Usaha mempelbagaikan rangkaian melibatkan pemain industri pelancongan di Perak dan Putrajaya antara objektif penganjuran Jelajah Putrajaya Malaysia ‘Dekat Je’ oleh Perbadanan Putrajaya yang berlangsung di sini hari ini.

Menurut Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat, Jabatan Perkhidmatan Korporat Perbadanan Putrajaya, Tengku Aini Tengku Ismail Shah, jelajah ini juga bagi mencari kesesuian dalam usaha menggabungkan produk dan kerjasama antara pemain industri dua lokasi tersebut.

“Menerusi siri lawatan ini kita akan mempelbagaikan rangkaian antara pemain industri dan tidak hanya tertumpu kapada satu tempat sahaja tetapi mempelbagaikan pakej yang boleh digabungkan dengan Negeri Perak,” katanya kepada media selepas hadir pada majlis perasmian Jelajah Putrajaya Malaysia ‘Dekat Je’di Hotel M Roof di sini hari ini.

Katanya lagi, selain perkongsian maklumat, ia juga bertujuan untuk memperkenalkan produk pelancongan yang terdapat di Putrajaya kepada pemain industri di negeri ini.

“Kita menyediakan taklimat dan memaklumkan pencapaian serta pelbagai pakej menarik yang boleh dijalinkan bersama industri pelancongan di Perak.

“Putrajaya katanya bukan sahaja memiliki reka bentuk yang cantik dan 13 taman yang mempunyai tema tersendiri malah selepas pembinaan pelbagai prasarana kita boleh saksikan pelbagai habitat mula muncul seperti penghijrahan burung dan spesis flora dan fauna yang sedang dijaga rapi,” katanya merangkap ketua delegasi siri Jelajah Putrajaya Malaysia Dekat Je.

Katanya lagi, Putrajaya turut terkenal dengan pelbagai aktiviti seperti berbasikal, malah pada tahun 2016 lokasi ini telah mencatatkan sebanyak 9 juta kehadiran pelawat dan pelancong dari domestik dan luar negara.

“Perbadanan mensasarkan pelancong untuk menginap lebih lama di kawasan tersebut sekarang kebanyakan pelancong hanya dikategori sebagai pelawat cuma singgah setakat dua jam sahaja di sini.

“Jadi mungkin sasarkan kepada pelancong hadir sehingga satu hari, bagi mengembara dan melihat sendiri keunikan Putrajaya,” katanya.

Sementara itu, bagi Presiden Persatuan Pelancongan Negeri Perak, Datuk Mohd Odman Abd Kadir berkata siri jelajah ini merupakan satu pembukaan minda kepada kolaborasi baru dengan pihak Putrajaya.

“Ia bukan saingan tetapi perkongsian maklumat dan ia peluang baik untuk pelancongan bagi kedua-dua pihak,” katanya.

Terdahulu, Perak merupakan negeri terakhir bagi siri jelajah tahun ini setelah Johor Bahru dan Pahang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");