Jenayah

KPDNKK Rampas Beg-Beg Berjenama Tiruan

BUTTERWORTH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Seberang Perai Tengah (SPT) merampas pelbagai jenis beg tangan wanita jenama tiruan dalam serbuan ke atas tiga premis, pada Khamis serta membabitkan 600 beg tiruan gred A bernilai RM60,000.

Menurut Ketua Cawangan KPDNKK SPT, Abdul Madi Wahab, beg tiruan itu dijual secara atas talian dan dipercayai dibawa masuk dari China.

Beliau menjelaskan yang mereka menemui 1,400 logo ynag digunakan untuk beg yang sama tetapi menggunakan pelbagai logo contohnya, jikalau pembeli ingin jenama yang tertentu mereka akan letakkan logo yang diminta oleh pembeli tersebut keatas beg yang dijual.

“Ini sebenarnya satu modus operandi yang baru di mana beg yang sama tetapi digunakan pelbagai jenama. Jadi kami menasihatkan penguna khususnya yang membeli di atas talian agar berhati-hati,” katanya.

Pada ketika serbuan, hanya pembantu jualan berada di premis dan pemiliknya difahamkan berada di luar negara atas urusan perniagaan.

Keterangan pekerja diambil dan siasatan lanjut dijalankan bawah seksyen 8 (2) Akta Perihal Dagangan 2011 yang boleh didenda tidak lebih RM10,000 bagi setiap unit barang atau tiga tahun penjara jika sabit kesalahan.

– ASTRO AWANI

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");