Berita Hari Ini

KPT Diminta Ambil Kira Aktiviti Sukan Pemohon Universiti Awam

KUALA NERUS: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) diminta mengambil kira penglibatan pelajar dalam bidang sukan dan ko-kurikulum sebagai antara kelayakan untuk memasuki Universiti Awam (UA) di negara ini.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M Saravanan berkata walaupun kelayakan akademik itu penting, namun jangan hanya difokus kepada kelayakan itu sahaja kerana bidang sukan turut menjanjikan pendapatan yang baik.

Kementerian Pendidikan Tinggi harus melihat pemilihan di luar skop akademik dan kebolehan tambahan khususnya dalam bidang ko-kurikulum perlu diambil kira, katanya.

“Warga universiti harus memilih bidang sukan sebagai salah satu aktiviti kerana sukan bukan sahaja sekadar bersukan, tetapi lebih kepada budaya untuk memperkasakan ekonomi terutama kepada belia.

Sebagai contoh kita lihat baru-baru ini atlet kita yang berjaya mengharumkan nama negara di arena antarabangsa, Sukan SEA, peringkat kebangsaan dan sebagainya telah dibekalkan dengan bantuan kewangan yang begitu tinggi,” katanya pada Ahad lapor Bernama.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian pertandingan Piala Debat Tamil Kebangsaan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang turut dihadiri Timbalan Naib Canselornya Prof Madya Dr Che Mohd Ruizaidi Ghazali.

Saravanan berkata, kejayaan beberapa atlet kurang upaya (OKU) di temasya sukan antarabangsa baru-baru ini juga perlu dijadikan kayu ukur bahawa bidang sukan mampu menawarkan ganjaran lumayan.

Sementara itu pada pertandingan itu wakil UMT membolot tiga hadiah utama iaitu tempat pertama, kedua yang masing-masing memenangi hadiah wang tunai RM3,000 dan RM2,000 manakala tempat ketiga dimenangi wakil dari Universiti Utara Malaysia (RM1,000) dan Tisha Abrami dari UMT muncul sebagai pendebat terbaik pada pertandingan itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");