Perak Hari Ini

Krismas Disambut Sederhana Namun Tetap Meriah

IPOH:Perayaan Hari Krismas di seluruh negara hari ini disambut secara sederhana tetapi tetap meriah apabila kebanyakkan penganut agama Kristian sejak awal pagi berpusu-pusu ke gereja serta menziarahi sanak saudara dan sahabat handai.

Begitu juga di Ipoh,suasana meriah sambutan perayaan ini yang bermula sejak malam semalam mencapai kemuncaknya pagi ini dengan berkunjung ke beberapa gereja yang terdapat di Bandaraya di sini.

Kawasan terutama premis hiburan dan kedai makan berhampiran Medan Ipoh Bestari malam semalam sesak dengan kehadiran pengunjung hingga lewat malam.

Menjelang tengah hari, ramai yang mengunjungi saudara mara dan handai taulan bagi mengeratkan hubungan sesama mereka atau bersiar-siar di beberapa tempat menarik selain singgah di pusat membeli-belah terkemuka di sini.

Tinjauan Peraktoday di beberapa pusat membeli-belah penuh sesak dengan kehadiran orang ramai dan pelbagai hiasan krismas memenuhi ruang legar yang menambahkan kemeriahan.

Seperti kebiasaan, setiap kali musim perayaan, kompleks membeli-belah dan pusat-pusat riadah akan menjadi tumpuan orang ramai membawa keluarga masing-masing untuk meluangkan masa sempena cuti umum hari ini.

Sementara itu bagi, Nazialita Geyna Maharan 27, sudah menjadi kemestian buatnya sekeluarga bagi menyediakan makann halal kepada tetamu muslim yang berkunjung ke rumah setiap kali tibanya Krismas.

“Kami akan menyediakan kek buah, ayam belanda panggang dan pelbagai hidangan selain bertukar-tukar hadiah seperti kebiasaan,” katanya.

Sementara itu bagi Bavaria Ann, Krismas kali ini disambut secara sederhana namun keseronokan berkumpul seisi keluarga tambah memeriahkan lagi perayaan dan memberi makna tersendiri.

“Kami bersederhana sahaja namun Krismas tetap meriah,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");