Berita Hari Ini

Lautan Biru Meriah Warnai Penutup PAU 2017

JIKA hari perasmian Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017 pada kelmarin, Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) menyerlah dengan garang menyala dipenuhi warna merah terang.

Namun hari terakhir perhimpunan terkemuka parti umat Melayu terbesar di dunia itu pada Sabtu menyaksikan seluruh dewan keramat tersebut ceria dengan warna biru seumpama langit di angkasa atau laut samudera luas.

Semua perwakilan termasuk barisan kepimpinan parti yang berada di pentas utama kelihatan seragam sedondon dengan warna tersebut yang lazim dijadikan asas kepada pakaian seragam pasukan polis di seluruh dunia.

Ini merupakan kali kedua PAU selepas tahun lalu memperlihatkan ahli-ahli UMNO mula hadir mengenakan warna yang sama sebagai tanda mereka ‘bersatu suara’ selepas segelintir pemimpinnya membuat parti serpihan baharu.

Biru merupakan salah satu warna dalam spektrum yang boleh dilihat dengan mata kasar. Ia merupakan salah satu daripada tiga warna asas selain merah dan kuning malahana warna biru mempunyai jarak gelombang yang kecil.

Pemakaian warna biru turut dijadikan tema anggota Parlimen Barisan Nasional ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat pada 27 Oktober lalu.

Pemakaian warna yang sama itu turut melakar sejarah tersendiri pada pembentangan bajet tahunan tersebut apabila ia menggambarkan semangat warna tema Barisan Nasional sejak gabungan ini ditubuhkan menggantikan Perikatan.

Pemakaian warna sama itu turut disentuh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika penggulungan sambil menyatakan ia tanda parti bersiap sedia hadapi pilihan raya umum. – Mynewshub.cc/HAA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");