shadow

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menggunakan pentas Perhimpunan Agung UMNO 2017 hari ini untuk menjawab pantun Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Presiden UMNO itu, ketika menyampaikan ucapan dasarnya, membalas pantun berbaur sindiran yang dimuat naik Anwar menerusi akaun Twitternya pada 17 November lalu, seperti yang dilaporkan BH Online.

“Saya berziarah ke hospital melawat beliau yang sedang sakit, atas sifat kenalan lama. Saya hanya melawat, sebab itu saya bawa isteri bersama. Tapi, keikhlasan kami itu, tampaknya diperli, dipantun pulak.

“Ini jawapannya saudara Anwar…dengar ya.

Burung Merpati Terbang Sekawan,

Hinggap Seekor Di Atas Dahan,

Kita Sahut ‘Lawan Tetap Lawan’,

Di Pilihanraya Bertarunglah Seperti Anak Jantan,” katanya.

Sebelum ini, selepas Najib bersama isteri, Datin Rosmah Mansor, melawatnya di Hospital Kuala Lumpur, Anwar memuat naik pantun di media sosialnya yang berbunyi:

“Tuai Padi Antara Masak,

Esok Jangan Layu Layuan,

Ziarah Kami Antara Nampak

Esok Pilihanraya Lawan Tetap Lawan.”

Komen & Pendapat