Jenayah

Lelaki Cedera Jatuh Bumbung Elak Diperiksa Polis

PAPAR – Seorang lelaki warga asing cedera dan terpaksa dibawa ke hospital di sini, selepas terjatuh dari bumbung sebuah rumah di Taman Mawar dekat Pekan Kinarut, apabila cuba mengelak untuk diperiksa anggota polis petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, lelaki berumur 38 tahun itu terjatuh selepas cubaannya melompat dari bumbung sebuah rumah semi-D ke bumbung sebuah lagi rumah semi-D bersebelahan di taman perumahan berkenaan, gagal.

Setakat ini, tidak dapat dipastikan kecederaan yang dialami lelaki terbabit, namun polis terpaksa menghubungi ambulans untuk membawanya ke hospital, menurut seorang saksi.

Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Ladamah Sulaiman ketika mengesahkan kejadian itu, berkata sepasukan anggota polis yang membuat rondaan di kawasan berkenaan, sebelum itu mendapati lelaki terbabit berada dalam keadaan mencurigakan.

“Apabila dihampiri, suspek terus melarikan diri ke Taman Mawar dan naik ke bumbung sebuah rumah. Namun suspek terjatuh dalam cubaannya untuk melarikan diri,” katanya lapor Bernama.

Beliau berkata lelaki berkenaan masih dirawat dan pihaknya sedang menunggu laporan penuh daripada pihak hospital.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");