Jenayah

Lelaki Ditahan Bunuh Pencuri

BUTTERWORTH: Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai membunuh pencuri yang memecah masuk warung milik kakaknya di Seberang Jaya, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 petang tadi, mangsa berusia 30 tahun bersama seorang rakannya dikatakan sedang memasukkan peralatan dapur ke dalam kenderaan sebelum suspek mengampiri mereka.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid, berkata suspek kemudian cuba menghalang perbuatan mangsa dan rakannya menyebabkan berlakunya pergelutan antara mereka.

“Mangsa melarikan diri sebelum mayatnya ditemui di dalam parit berdekatan stesen minyak berhampiran Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE) pada jam 6.35 petang oleh orang ramai.

“Pemeriksaan mendapati terdapat kesan kecederaan pada bahagian kepala dan badan mangsa. Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Hospital Seberang Jaya (HSJ),” katanya dalam kenyataan, di sini, malam ini.

Nik Ros berkata, suspek berusia 33 tahun kemudian tampil membuat laporan dan dia ditahan untuk siasatan lanjut.

“Siasatan di lokasi mangsa ditemui maut, kita menemui pemotong besi, dompet dan telefon bimbit.

“Rakan mangsa dipercayai melarikan diri selepas kejadian,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.-BHOnline

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");