Jenayah

Lelaki Ditemui Mati Dengan Tangan, Kaki Diikat

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki berusia 28 tahun ditemui tidak bernyawa dalam keadaan kedua-dua tangan dan kaki diikat di tepi Jalan Persiaran Bestari, Taman Bestari Indah, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Jokhiri Abd Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan dari orang awam berhubung penemuan mayat berkenaan pada jam 8 pagi.

Katanya, mangsa ditemui dalam keadaan terbaring sambil kedua-dua tangan dan kakinya terikat serta terdapat beberapa kesan tetakan dan tikaman akibat senjata tajam pada beberapa bahagian badannya.

“Pihak polis kemudiannya membuat siasatan secara menyeluruh dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Sehingga kini motif kejadian masih dalam siasatan.

“Setakat ini, polis menahan lapan suspek dan kesemua mereka masih dalam tahanan reman selama tujuh hari sehingga 14 Disember ini untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan memetik sumber Sinar Harian.

Sehubungan itu, beliau memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian ini agar tampil membantu siasatan polis atau menyalurkan maklumat di balai polis berhampiran

“Pihak yang mempunyai maklumat boleh juga menghubungi kami melalui Hotline Polis Kontinjen Johor di talian 07-2212999 atau melalui Hotline Polis IPD Seri Alam di talian 07-3864222,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");