Berita Hari Ini

Lelaki Obes 286 Kg Meninggal Dunia Akibat Sesak Nafas

KUALA NERUS:  Hajat seorang lelaki obes seberat 286 kilogram (kg) untuk kembali kurus dan menikmati kehidupan normal tidak kesampaian apabila dia meninggal dunia hari ini.
Mohamad Faisal Md. Ali, 29, yang pernah mendapat perkhidmatan jurulatih kecergasan peribadi percuma pada Oktober lalu menghembuskan nafas terakhir di pangkuan ibunya, Kamsah Mat Noor, 57, akibat sesak nafas pada pukul 5 pagi.
Kamsah berkata, Mohamad Faisal baru dibenarkan keluar dari Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu pada Rabu lalu.
“Sebelum ini, dia yang merupakan anak bongsu dari lima beradik telah menjalani rawatan akibat obesiti di hospital itu selama dua bulan sejak September lalu.
“Sejak anak saya itu pulang ke rumah dari hospital, dia kurang selera makan dan hanya minum susu enam kali sehari,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Mengabang Telipot di sini, menurut laporan K! Online.
Dalam pada itu, jenazah Mohamad Faizal selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Mengabang Telipot di sini selepas solat Zuhor.
Jenazah lelaki obes itu diturunkan dengan penakal menerusi bantuan jentolak di dalam liang lahad.
Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");