Perak Hari Ini

Lelaki Rentung Kereta Terbakar

TELUK INTAN:Seorang lelaki rentung manakala dua lagi cedera apabila kenderaan mereka bertembung dalam kejadian yang berlaku di Kampung Melayu Gohong Langkap di sini petang tadi.

Menurut sumber jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak panggilan kecemasan diterima pihaknya sekitar jam 3.41 petang tadi.

Dalam kejadian tersebut, salah sebuah kereta iaitu jenis Mercedes telah terbakar akibat pelanggaran dengan sebuah lagi kereta dan mangsa telah terperangkap di dalam kereta.

“Kemalangan melibatkan dua kereta iaitu jenis Mitsubishi Triton dan sebuah Mercedes, pihak penyelamat mendapati mangsa yang menaiki kereta jenis Mitsubishi mengalami kecederaan manakala pemandu kereta Mercedes maut setelah keretanya terbakar,” katanya.

Kata sumber, mangsa yang terperangkap dalam kereta Mercedes tersebut disahkan meninggal dunia oleh pegawai Perubatan dan diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");