Sukan Hari Ini

Liverpool Seri Lagi

LIVERPOOL, England: Liverpool kehilangan mata penting di Anfield sekali lagi selepas diikat tanpa jaringan oleh West Brom dalam aksi Liga Perdana Inggeris, sebentar tadi.

Selepas dikritik kerana tidak menurunkan Philippe Coutinho ketika seri 1-1 dengan Everton, Juergen Klopp membawa masuk semula bintang Brazil itu tetapi pasukannya terus berdepan masalah ketajaman di depan gol lawan.

Malah Reds gagal merakamkan sebarang percubaan tepat pada babak pertama dengan West Brom dilihat lebih menyerlah di bawah pengendali baharu Alan Pardew.

Hal Robson-Kanu hampir memecah kebuntuan buat West Brom tetapi percubaannya hanya menggegar palang sebelum jaringan Dominic Solanke dibatalkan kerana terkena tangan. – Reuters

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");