Membawang Hari Ini

Maaf Jika Agama Anak Terpesong Kerana Pokok Krismas: Aeril Zafrel

PELAKON Aeril Zafrel memohon maaf kepada pihak yang menganggap dia dan keluarga terpesong dari landasan agama disebabkan anaknya bergambar dengan pokok Krismas.

Memetik laporan mStar Online, Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari, 29, berkata dia tidak mempunyai pokok untuk hari Natal itu dan hanya menjumpai di hotel tempat penginapannya sekeluarga.

“Saya minta maaf ya. Kalau disebabkan gambar anak saya bergambar dengan pokok krismas ini boleh terpesong dari agama.

“Untuk pengetahuan pokok Krismas itu bukan kat rumah saya. Pokok itu kami jumpa kat hotel tempat kami duduk,” kata Aeril menerusi kapsyen di Instagramnya.

Aeril memuat naik foto anak perempuannya, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 2, dengan pokok krismas di laman Instagramnya mendapat perhatian.

Ada segelintir netizen menganggap pelakon drama bersiri Mandatori ini sudah terpesong kerana menyambut hari perayaan tersebut.

Menurut Astro Gempak, Aeril turut memuatkan salinan komen-komen ekstrim yang ditulis netizen di ruang komentar pada rakaman video dan foto anaknya di tepi pokok Krismas semalam.

Entri itu telah mendapat lebih 400 komen dan 43,000 tanda suka (likes) oleh netizen yang kebanyakannya mengecam tindakan Aeril.

“Ternyata nasrani,” tulis salah seorang pengguna media sosial Instagram.

“Sambut Krismas… Buat apa raikan hari orang kafir,” tulis pengguna lain.

“Akidah perlu dijaga, anak siapa ni?” soal salah seorang pengguna lain.

“Setahu saya umat Islam itu lebih baik tidak ikut merayakan Krismas, saya cuma ingin berbagi apa yang saya faham, tetapi semua itu pilihan masing-masing,” pesan salah seorang pengguna.

Walau bagaimanapun, masih ramai peminat Aeril yang memberi pendapat tidak salah untuk bergambar dengan pokok tersebut.

Malah, mereka menyelar semula netizen yang suka meninggalkan komen-komen negatif dan menjatuhkan hukum dengan mudah.

“Tak kan bergambar pun tak boleh? Saya ni kalau jumpa pokok Krismas besar saya pun bergambar ukan nak niat meraikan atau apa.

“Rasa tak ada pula terpesong akidah saya. Tapi org sekarang suka menghukum orang dengan alasan yang tak masuk akal,” kata pemilik akaun @sitinurulain269.

Manakala akaun bernama @aja_jo92 berkata, “Keluarga saya pakai purdah ambil gambar kat pokok itu tak ada masalah la.

“Apa la korang ini. Budak-budak biasalah suka benda yang cantik lampu. Jangan suka menjatuhkan hukum. Kita ini siapa.”

Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Ahmad Fakharuddin Attar, 4, dan Hayla.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");