Perak Hari Ini

Maahad Imtiyaz Lengkapkan Sumbangan Kelab Bakti Gunung Keledang

IPOH: Pembinaan Maahad Imtiyaz yang beroperasi di Ulu Kuang Tanah Hitam melengkapan sumbangan Kelab Bakti Gunung Keledang (KBGK) bagi tahun ini dengan peruntukan sebanyak RM2 juta.

Menurut Mantan Presidennya, Norali Nordin berkata Kelab berjaya mengumpulkan dana berjumlah RM2 juta yang sebahagian besar disumbangkan oleh ahli kelab dan bantuan dari kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Perak dan individu perseorangan.

“Bagi tahun 2017, dalam tempoh kurang daripada enam bulan telah berjaya membina dan menyiapkan bangunan pentadbiran, bangunan kelas, dua blok asrama, surau, kantin, dan empat kediaman warden di Maahad Imtiyaz di Ulu Kuang Tanah Hitam di sini,” katanya semasa menyampaikan ucapan pada majlis Pemasyhuran Presiden 2018 di Hotel Casuarina@meru di sini hari ini.

Terdahulu,Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ber­kenan berangkat menghadiri majlis tersebut dan berangkat sama dalam majlis itu, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan.

Majlis tersebut turut menyaksikan acara pemasyhuran Presiden Kelab Bakti Gunung Kledang yang ke-32 iaitu Ahmad Yani Aminuddin 46, bagi tahun 2018.

Jelas Norali, sumbangan kepada pembinaan Maahad tersebut merupakan usaha bagi menangani mentaliti ekstrimisma yang perlu disasarkan kepada pembentukan asas iaitu memupuk nilai-nilai yang baik, nilai murni dan sejagat dalam kalangan para remaja kelak.

“Kelab Keledang telah mengambil inisiatif bekerjasama dengan Maahad Imtiyaz bagi membentuk sahsiah dan jati diri pelajar dala suasana masyarakat yang semakin mencabar jadi kelab berharap usaha tersebut dapat membantu membentuk jati diri para pelajar dan pihak yang berkaitan dengan pusat ini,” katanya.

Maahad Imtiyaz yang dibina pada Jun tahun ini telah siap sepenuhnya serta dapat menampung kira-kira 300 pelajar dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas.

Katanya lagi, sepanjang tahun ini, kelab juga telah melaksanakan pelbagai program termasuklah pemilihan 500 orang warga perak yang layak menerima baucer pemeriksaan kesihatan secara percuma yang berjumlah sekitar RM76,000.

“Kita juga membantu flotila kemanusiaan ke Palestine sumbangan ini sudah disampaikan kepada Humantarian Care Malaysia Berhad sebuah Badan Bukan Kerajaan (NG0) yang memperjuangkan nasib mereka teraniaya di Palestine,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");