Berita Hari Ini

Mahu Ke Umrah, Tetapi Ditipu Oleh ‘Ustazah’

ALOR SETAR: Sepuluh individu ditipu seorang wanita bergelar ustazah yang menawarkan pakej umrah dan mereka telah kerugian berjumlah RM71,000.

Salah seorang mangsa dari Guar Chempedak yang tidak mahu dikenali mendakwa dia dan isteri sepatutnya menunaikan umrah pada 17 Oktober lepas namun tertunda sehingga sekarang.

“Duit yang nak pergi itu pun kami dah bayar selesai habis semua. Kenduri pun kami dah buat. Duit nak pergi sana pun kami dah tukar.

“Sekarang kami sedang tunggu, tapi tak pergi juga. Malu dengan kawan-kawan…jadi tekanan bagi kami bila orang tanya bila nak pergi?”

Sementara itu, seorang lagi mangsa yang berusia 71 tahun kesal dengan tindakan wanita itu setelah dia dan birasnya kerugian ssebanyak RM7,100.

Pelbagai alasan yang diberikan ustazah berkenaan, termasuklah mendakwa tiada tiket.

Mereka membuat aduan di Pejabat Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) selepas mereka berasa tertipu.

Setiusaha CAKE, Mohd Yusrizal Yusoff memberitahu pihaknya akan menjalankan siasatan menyeluruh terhadap dakwaan tersebut.

– ASTRO AWANI

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");