Berita Hari Ini

Malaysia Sedia Bantu Mangsa Ribut Di Filipina

KUALA LUMPUR : Malaysia bersiap sedia untuk menghantar bantuan kemanusiaan terutama berupa bekalan makanan ke selatan Filipina yang terjejas akibat ribut tropika Tembin.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata beliau sudah mengarahkan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor untuk mempersiapkan anggota dan menyelaraskan penyerahan bantuan ke sana.

“Pagi ini, saya pulang dari lawatan kerja ke Maghribi. Saya meneliti kesan ribut tropika Tembin yang melanda Filipina selatan sehingga menyebabkan banjir dan tanah runtuh, khususnya di bandar Tubod dan Piagapo.

“Sebaik sahaja tiba, saya menghubungi Setiausaha Pertahanan Filipina, Setiausaha Delfin Lorenzana, untuk menzahirkan rasa simpati dan keperhatinan Kementerian Pertahanan, ATM dan rakyat Malaysia terhadap mangsa bencana,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya lagi, pihak Angkatan pertahanan sentiasa bersiap sedia bagi menyalurkan bantuan makanan yang diperlukan Filipina.

Terdahulu difahamkan jumlah korban akibat tanah runtuh dan banjir di Filipina dilaporkan terus meningkat kepada lebih 200 orang selepas ribut tropika Tembin melanda pulau kedua terbesar negara itu, sehingga memaksa puluhan ribu penduduk berpindah.

Ribut tropika Tembin melanda pulau Mindanao yang mempunyai 20 juta penduduk, pada Jumaat lalu, dengan kelajuan angin 125 kilometer sejam (kmj), selain membawa hujan lebat selama sejam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");