Perak Hari Ini

Masyarakat Mahu Keadilan Buat ‘Cikgu Azizan’

IPOH: Kes seorang guru dari sebuah sekolah di Seremban, Negeri Sembilan yang bakal dibicarakan selasa ini, atas dakwaan mencederakan seorang murid, mengundang pelbagai reaksi daripada umum.

Berdasarkan sebuah portal, Pendidik2u, guru yang dikenali sebagai ‘Cikgu Azizan’ telah didakwa menampar seorang murid di sekolahnya selepas didapati melakukan kesalahan menghidu gam, selain didakwa melakukan kesalahan berulang seperti membuli dan ponteng sekolah.

Asiah Che Hassan, 62, seorang suri rumah, meluahkan rasa simpati kepada guru berkenaan selain dia berasa kesal terhadap tindakan ibu bapa yang mengheret Azizan ke mahkamah.

“Sebagai ibu bapa kita seharusnya menyiasat perkara sebenar, jangan dengar di pihak anak sahaja.

“Saya tidak rasa seorang guru akan sengaja memukul anak muridnya sesuka hati.

“Perkara ini dapat dikatakan sebagai ibu bapa yang terlampau memanjakan anak yang akhirnya ia akan merosakkan anak mereka sendiri, di masa hadapan kelak,” katanya.

Selain itu, V.Marry , 43, berkata selain mengharapkan keputusan mahkamah memihak kepada Azizan, dia yang juga seorang guru berkata tugas sebagai cikgu pada masa kini dipenuhi cabaran yang mana seharusnya dihargai ibu bapa.

“Tugas seorang guru sudah cukup terbeban, dan ia ditambah dengan masalah disiplin murid yang melampau.

“Selain mengajar, setiap guru juga bertanggungjawab dalam mendisiplinkan murid mereka.

“Jika itu pun dikenakan tindakan oleh ibu bapa, saya bimbang bakal-bakal guru akan berasa ‘takut’ untuk menjadi warga pendidik.

“Oleh itu saya berharap Cikgu Azizan akan berjaya dalam kesnya, selain saya berharap Kementerian Pendidikan dapat memberi perhatian terhadap isu ini,” tegasnya.

Sementara itu, Fakarudin Rahman, 34,  berkata dari segi peraturan, memang seorang guru tidak boleh menampar murid walau apa jua keadaan namun dalam kes Cikgu Azizan ini, dia berharap keadilan kepada guru berkenaan dapat ditegakkan.

“Dari segi prosedur yang termaktub dalalam Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959, tindakan dia memang salah.

“Jika kesalahan itu jatuh pada jenis kesalahan berat sekalipun, murid hanya boleh di rotan dipunggung yang dilapik dengan pakaian.

“Selain menggunakan rotan yang ringan, ia tidak boleh dilakukan melebihi 3 kali.

“Walau bagaimanapun, saya berharap makmah dapat mempertimbangkan kes ini dengan sebaik-baiknya, dan saya menyokong penuh Cikgu Azizan demi kemenjadian anak-anak kita di masa hadapan,” jelasnya.

Menurut laman Pendidik2u, guru Sekolah Kebangsan Taman Semarak itu berdepan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 323 Kanun Jenayah di Mahkamah Majistret Seremban.

Pada Jumaat, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) Tan Huat Hock dalam satu kenyataan berkata pihaknya akan menyediakan seorang peguam buat Azizan selain memohon sokongan moral daripada guru seluruh Malaysia untuk hadir ke Mahkamah Majistret Seremban 2A, pada pagi 19 Disember ini.

Menerusi laman portal ismaweb.net hari ini, Presiden NUTP, Kamarozaman Abdul Razak mengesahkan kenyataan itu.

Beliau berkata, pihaknya bersama penduduk Taman Semarak akan melaksanakan solat hajat bagi Cikgu Azizan, pada malam ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");