Sukan Hari Ini

Mat Yo Sedang Cari Keserasian

PENYERANG Pahang, Norshahrul Idlan Talaha berusaha untuk menyesuaikan diri bersama rakan sepasukan sepanjang sesi latihan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.

Menurut laporan Harian Metro, pemain kelahiran Besut, Terengganu itu berkata, biarpun tanpa barisan pemain yang lengkap, dia mahu memanfaatkan latihan dengan sebaiknya.

Katanya, ini kerana saingan Liga Malaysia, khususnya Liga Super memerlukan komitmen tinggi dalam usaha membantu skuad Tok Gajah meraih kejayaan.

“Oleh itu, saya akan melakukan yang terbaik terutama dari segi kecergasan fizikal bagi menghadapi saingan liga.

“Pengalaman yang dimiliki bersama beberapa pasukan sebelum ini akan digunakan sebaiknya.

“Apa yang penting sokongan padu peminat untuk memastikan kami beroleh kejayaan musim 2018,” katanya yang mesra disapa Mat Yo.

Pemain berusia 31 tahun itu pernah menyarung jersi FELDA United FC musim lalu, Terengganu (2016) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) (2015) dan Johor Darul Ta’zim (JDT) (2012-2014)

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");