Perak Hari Ini

MB Inc Beri Sumbangan RM25,000 Bina Sekolah Agama Rakyat Di Behrang

Behrang: Perbadanan Menteri Besar Perak (PMB) atau Menteri Besar Incorporated (MB Inc) telah menyumbangkan sebanyak RM25,000 untuk mendirikan sebuah Sekolah Agama Rakyat di Behrang di sini.

Majlis penyerahan cek sumbangan telah disampaikan oleh wakil MB Inc merangkap Ketua Kumpulan Komunikasi Strategik, Farouq Sahibjhan kepada ADUN Behrang Datuk Rusnah Kassim di tapak pembinaan Sekolah Rendah Agama Rakyat Al-Taufiqiah, Behrang pada 15 Disember lalu.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh ketua-ketua kampung dan para penduduk di sekitar kawasan tersebut.

PMB menerusi satu kenyataan media mengatakan sumbangan itu merupakan salah satu sumbangan berbentuk Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) PMB kepada masyarakat di sekitar negeri ini.

“PMB melalui program CSRnya telah memfokuskan kepada beberapa matlamat utama iaitu memperkasakan golongan belia, meningkatkan tahap pendidikan masyarakat dan memajukan sektor sukan.

“Selain itu, PMB turut menjalankan program CSR yang tertumpu kepada aspek untuk membangunkan syiar agama islam menerusi pemberian zakat dan amal jariah kepada golongan asnaf dan tidak terkecuali juga, membantu dalam pembangunan institusi agama Islam yang mampan,” memetik kenyataan media tersebut.

PMB amat menggalakan usaha murni pihak yang terlibat terutamanya ADUN kawasan Behrang untuk membangunkan sebuah institusi agama islam seperti Sekolah Rendah Agama Rakyat Al-Taufiqiah yang dapat memberikan banyak mafaat kepada penduduk tempatan.

Pembinaan sekolah itu juga diharap dapat dijadikan platform terbaik dalam mendidik dan melahirkan pemimpin-pemimpin agama yang berteraskan Alquran dan Al-Hadith.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");