Perak Hari Ini

MB Lawat Keluarga Nahas Jalan Raya

LEKIR : Menteri Besar Perak hari ini menziarahi rumah ahli keluarga mangsa kemalangan yang meragut tiga nyawa di Kilometer 21 Jalan Sitiawan – Teluk Intan dekat Kampung Kayan pada 3 Disember lalu.

Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir turut menyampaikan cek faedah pengebumian di bawah Skim Keilatan Pertubuhan Keselamatan Sosial  (PERKESO) kepada bapa Allahyarham Sairulazuwan Nadzim di kediaman Nadzim Mohd Taib di Kampung Batu 9, dekat sini.

Selain itu, beliau turut bertanyakan khabar dan memberi kata-kata semangat kepada ahli keluarga yang hadir selain sempat menghadiri tahlil ringkas untuk Allahyarham Sairulazuwan,  Allahyarhamah Azilina Abdul Aziz dan bayi pasangan berkenaan.

Dalam pada itu, Zambry berkata beliau akan mendapatkan laporan penuh daripada pihak bertanggungjawab terhadap kes ini untuk tindakan selanjutnya.

“Sekiranya ada kerja-kerja membaiki jalan, maka kita kena pastikan faktor keselamatan di kawasan berkenaan.

“Jika ada kon yang digunakan, harus dipastikan kedudukannya tidak mengancam keselamatan pengguna jalan raya.

“Sebab itu kita tunggu laporan terperinci daripada jabatan-jabatan yang terlibat

“Perkara ini tidak boleh ambil mudah kerana ia soal nyawa”, katanya.

Beliau berkata demikian kepada media di kediaman bapa Allahyarham Sairulazuwan , dekat sini, pada Ahad.

Turut hadir, Isterinya, Datin Seri Saripah Zulkifli serta Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Bina Upaya (YBU), Datuk Ismail Saffian.

Dalam pada itu, PERKESO Manjung turut akan membayar faedah pencen penakat kepada tiga orang anak mangsa sehingga mereka mencapai umur 21 tahun atau sekurang-kurangnya menduduki izajah pertama,  yang berjumlah RM1515.31.

Bayaran akan dibuat mulai 1 Januari tahun hadapan.

Dalam pada itu, Nadzim,68,  yang ditemui berkata beliau bersyukur atas keprihatinan Menteri Besar yang sudi hadir menziarahinya sekeluarga.

Pada 3 Disember lalu,  satu kemalangan telah berlaku di mana kenderaan Toyota Wish yang dipandu Sairulazuwan, 37, terbabas ke dalam parit dengan kedalaman 2.5 meter.

Ia turut mengorbankan nyawa isteri, 37, serta anaknya yang berusia 3 bulan ketika itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");