Perak Hari Ini

MB Perak Selar Tindakan Penyelenggara Jalan Yang Sengaja Melengahkan Kerja

IPOH: Menteri Besar Perak meminta semua pihak yang bertanggungjawab dalam menyelengara jalan-jalan raya seluruh negeri agar tidak menangguh-nangguhkan kerja-kerja pembaikan jalan, demi keselamatan pengguna.

Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, jika terdapat sebarang aduan ataupun keadaan jalan itu sendiri didapati kurang sesuai untuk terus digunakan maka tindakan segera harus diambil, tanpa menunggu tempoh masa yang lama.

“Ini melibatkan soal nyawa. Kita tidak boleh ambil masa banyak, kadang-kadang itu kita dapati, dalam masa dua ke tiga bulan, baru mahu jalankan kerja. Segerakanlah.

“Jangan bagi alasan kononnya tidak ada peruntukan.

“Jika tiada, beri tahu kepada kerajaan negeri, ataupun, (jika banyak alasan), lebih baik tak payah jadi penyelengara jalan.

“Pada awal, masing-masing berebut hendak ambil kontrak sebagai penyelengara jalan, namun apabila timbul masalah, lambat bertindak,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau berharap Jabatan Kerja Raya (JKR) dapat menaiktaraf infrastruktur jalan raya seluruh Perak.

 

Katanya,  sekiranya didapati sesuatu kawasan itu gelap, maka harus diletakkan lampu jalan yang bersesuaian bagi membantu memberi sumber pencahayaan.

Selain itu, Zambry berkata, PUSPAKOM juga harus memainkan peranan penting dalam melakukan pemeriksaan yang lebih kerap ke atas kenderaan-kenderaan berat seluruh negeri dan negara.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakanMajlis Penyerahan Cek Lebihan Pendapatan 2017 daripada Felcra Berhad kepada kerajaan negeri.

Turut hadir, Setisuaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian, Perladangan, Penerangan dan Pembangunan Modal Insan, Datuk Saarani Mohamad Ketua serta Pegawai Eksekutif FELCRA, Datuk Zulkarnain Md Eusope.

Dalam tempoh dua bulan kebelakangan ini, sering berlaku kemalangan yang melibatkan kenderaan-kenderaan berat malah, sehingga ada yang meragut nyawa.

Pagi tadi, satu kemalangan yang meragut tiga nyawa telah berlaku di Kampung Teluk Jalan Bota Kanan-Teluk Intan, berhampiran Kampungg Teluk Memali, Teluk Intan.

Salah seorangnya ialah Pegawai Khas kepada ADUN Sungai Manik, Allahyarham Ahmad Nor al-Zaidin Ahmad Azzudin.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");