Berita Hari Ini

MB Perlis Saran Rakyat Berkebun Bagi Kurang Belanja Harian

KANGAR: Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man menyarankan rakyat untuk berkebun dan menanam sayur di kawasan rumah untuk mengurangkan perbelanjaan harian.

Beliau berkata cili, sawi, kubis, kangkung, serai merupakan antara tanaman komersial yang hasilnya boleh dituai dalam jangka masa pendek dan mudah diuruskan.

“Perkara ini (berkebun) belum menjadi kebiasaan  dalam kalangan rakyat di negeri ini walaupun kerajaan sering cakap mengenai pentingnya pertanian.

“Jika rakyat mula bercucuk tanam dan peroleh hasil, secara tak langsung dapat kurangkan perbelanjaan harian, selain itu boleh jual secara kecil-kecilan dan tambah pendapatan,” katanya, menerusi laporan Bernama, selepas merasmikan Kempen Pertanian Bandar di sini, hari ini.

Katanya, rakyat juga harus mengambil iktibar serta mencontohi penduduk di negara jiran yang banyak mengusahakan bidang pertanian secara  moden dan mampu menghasilkan produk berkualiti tinggi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");