Berita Hari Ini

‘McDonald’s Sebenarnya Dibenci Di Israel’

TINDAKAN ekstrim sesetengah kumpulan di Malaysia yang mahu memboikot rangkaian makanan segera McDonald’s dan kopi Starbucks kerana dituduh menyokong tindakan-tindakan zalim Israel terhadap rakyat Palestin perlu disertakan bukti kukuh.

Tuduhan yang terlalu berat terhadap kedua-dua jenama bukan sahaja memberi kesan terhadap jenama tersebut, bahkan rakyat Malaysia yang berkhidmat dalam operasi mereka.

Perkara tersebut diluahkan oleh Ketua Pemuda Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam satu perkongsian di Facebook, semalam.

Kata Syed Saddiq, McDonald’s ‘sebenarnya dibenci di Israel’.

“Ini kerana McDonald’s Israel yang dipegang oleh Omri Padan langsung tidak mahu membuka cawangan di mana-mana tanah rampasan Israel.

“Israel bertindak dengan memanggil rakyatnya untuk memboikot McDonald’s dan menyokong penyaingnya, Burger Ranch. McDonald’s masih lagi bertegas dengan polisi mereka di Israel,” katanya memetik sumber Sinar Harian.

Beliau menjelaskan, Starbucks dahulunya dikecam teruk kerana CEOnya, Howard Schultz adalah berbangsa yahudi dan pernah menerima anugerah dari Israel.

“Namun, Starbucks semenjak 2003, tidak membuka cawangan di Israel. Lebih mengejutkan lagi mereka hanya beroperasi di negara berdekatan iaitu Lebanon dan Jordan.

“Ini dengan jelas menunjukkan polisi Starbucks yang tidak setuju dengan tindakan Israel. Untuk operasi mereka di Timur Tengah, mereka beroperasi bersama kumpulan MH Alshaya WL, sebuah syarikat Kuwait.

“Tiada sebarang bukti kukuh yang boleh kita kaitkan McDonald dan Starbucks menyokong perjuangan Israel. Ini dikukuhkan dengan nama kedua-dua syarikat ini tidak disenarai dalam list BDS,” jelasnya dengan panjang lebar.

Tambah Syed Saddiq, BDS adalah gagasan terbesar dalam usaha memboikot syarikat yang menyokong Israel.

“Jadi, nilailah sendiri sama ada tindakan kita memboikot dua buah syarikat ini yang rata-ratanya memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia ialah tindakan yang benar atau salah. Jangan memboikot melulu sehingga memberikan kesan kepada kita sendiri,” akhiri beliau dan disokong oleh majoriti pelayar laman Facebook.

“Akhirnya, ada respon orang bijak mengenai isu ini,” kata pelayar, Ashli.

“Ini kali pertama saya setuju dengan awak, Syed. (Penerangan) jelas. Kenapa susah sangat nak keluarkan data jelas macam ni,” kata Azahar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");