Panasnya Hari Ini

Memang Dah Jangka Tomahan Nga, Nizar: Ds Zambry

Tindakan kepimpinan pembangkang Perak yang mendakwa UMNO tidak ikhlas dalam isu berkaitan kenyataan Presiden Donald Trump yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu Negara Israel merupakan sesuatu yang dijangkakan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, tindakan Nga Kor Ming dan Nizar Jamaluddin itu sememangnya bukan sesuatu yang luar biasa kerana kedua-dua mereka begitu arif dalam melemparkan fitnah dan tomahan terhadap UMNO.

“Ia bukan sesuatu yang pelik apabila Nga dan Nizar berkata sesuatu yang buruk terhadap UMNO, yang luar biasanya kalau dia katakan bahawa “Bagus kerajaan ini dapat buat sesuatu yang baik”, jika itu  yang dinyatakan ia memang agak luar biasa.

“Kenyataan mereka bagi saya tidak luar biasa bagi pemimpin yang bernama “Nga, Ngeh dan Nizar” semua ni memang biasa.

“Ini perangai mereka, disaat-saat pilihan raya ini, dia akan menganggap apa saja yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional, ataupun pemimpin BN semuanya buruk dan tidak baik,” katanya ketika ditemui Peraktoday di Perhimpunan Agung UMNO 2017, hari ini.

Zambry menambah,  seluruh dunia Islam telah membantah tindakan kerajaan Amerika mengiktiraf Baitulmaqdis  sebagai ibu negara Israel manakala Nga dan Nizar melihat perkara ini sebagai bahan untuk mereka mengutuk UMNO.

Jelas beliau, tindakan itu jelas menunjukkan bahawa kepimpinan  pembangkang di Perak mengamalkan politik yang terlalu sempit dan berkepentingan diri sehingga tidak boleh lagi dibuka pemikiran mereka.

“Mereka memberikan ujahan bahawa semuanya tidak betul. Kita ada membahaskan isu ini di Perhimpunan Agung UMNO dan mereka kata kita tidak ikhlas. “Dan mereka sendiri, apakah tindakan yang telah dilakukan untuk mengutuk kenyataan Trump?

“Sepatutnya mereka mengutuk Trump, bukannya mengutuk UMNO, sebab itu saya minta supaya seluruh rakyat Malaysia tengok dan nilai sendiri,” katanya lagi.

Terdahulu, Nga dan Nizar telah membuat sidang media dan menyelar bahawa UMNO tidak ikhlas dalam menyatakan pendirian terhadap kenyataan Trump berkaitan Baitulmaqdis.

Bagaimanapun, sepanjang PAU 2017 hari ini, beberapa usul telah membincangkan dan menyentuh mengenai perkara ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");