Isu Panas

MIC Sasar Menangi Enam Kerusi Parlimen

SERDANG – MIC mensasarkan untuk memenangi enam kerusi Parlimen yang bakal dipertaruhkan parti itu pada PRU14 akan datang.

Presidennya, Datuk Seri S Subramaniam berkata, parti itu akan mengekalkan kemenangan di setiap kerusi yang dimenangi sebelum ini.

“Di peringkat Dun, sekurang-kurangnya satu kerusi di setiap negeri,” katanya pada sidang media pada program Retreat MIC Kebangsaan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) pada Sabtu memetik sumber Sinar Harian.

Turut hadir, Timbalan Presiden, Datuk SK Devamany dan Setiausaha Agung, Datuk A Sakthivel.

Menurutnya, senarai calon parti itu telah diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Sudah lama kita serahkan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");