Sukan Hari Ini

Mignolet Akui Salah ‘Bintang’ Rendah Diri

LONDON: Penjaga gol Liverpool, Simon Mignolet memuji Mohamed Salah yang tidak bersikap ‘superstar’ walaupun berjaya mencetuskan sensasi bersama kelab Merseyside itu.

Ketika pulang ke Mesir, Salah yang sudah meledak 20 gol menggunakan gajinya untuk membayar sekolah baharu dan khidmat ambulans.

Jumlah 20 gol dihasilkan Salah itu adalah rekod jaringan terpantas sejak George Allan melakukannya pada 1897, malah Salah juga turut melakukan tugasan ketika membantu pasukan bertahan.

“Dia tidak memikirkan mengenai perkara lain selain daripada tugasnya. Itu yang paling penting kerana dia berjaya menjaringkan gol dan boleh muncul sebagai ‘superstar’.

“Namun, dia juga terus bekerja keras dan melakukan tugas bertahan. Itu yang kami mahukan daripada seorang pemain sayap kerana corak itu yang kami terapkan dalam permainan.

“Saya mengenali Radja Nainggolan (rakan sepasukan dalam skuad Belgium yang juga rakan sepasukan Salah ketika di AS Roma) dan dia memaklumkan Salah seorang pemain yang cukup hebat.

“Sebagai pemain sayap, saya tidak jangkakan yang Salah berjaya menjaringkan gol sebanyak itu. Jadi saya harap dia dapat teruskan apa yang dia lakukan sekarang.

“Adakah saya akan mengundi Salah untuk pemain terbaik tahunan, sudah pasti,” katanya, menerusi laporan Harian Metro.

Awal pagi Sabtu ini, skuad The Red dijadualkan menentang Arsenal di Emirates dalam pertembungan Liga Perdana Inggeris (EP).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");