Berita Hari Ini

Minyak Turun!

KUALA LUMPUR:Harga kesemua bahan api turun bermula selepas tengah malam Rabu ini.

Harga petrol RON95 dan RON97 turun sebanyak satu sen kepada masing-masing RM2.29 dan RM2.57 seliter.

Sementara itu, bagi diesel telah mengalami penurunan sebanyak empat sen kepada RM2.21 seliter.

Harga baharu ini bakal berkuatkuasa bermula 12.01 pagi 7 November hingga 13 Disember.

Harga baharu itu dikongsi menerusi halaman rasmi Facebook Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Terdahulu kaedah penetapan harga bahan bakar mingguan berkuat kuasa pada April tahun ini dan harga petrol dan diesel telah ditempatkan pada sistem apungan bulanan yang diuruskan sejak 1 Disember 2014 berikutan penghapusan subsidi bahan bakar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");