Sukan Hari Ini

Misi Syazwan Zaipol Musim 2018 Bersama Perak

PERTAHANAN muda, Syazwan Zaipol Bahari, yang kini bersama skuad B-23 negara mengesahkan dia akan meninggalkan PKNP untuk menyertai Perak, musim depan.

Pemain berketinggian 1.83 meter iitu menjadi antara prospek muda paling menyerlah bersama PKNP musim lepas selain turut diserapkan skuad Sukan SEA 2017.

Selaku anak jati negeri itu, dia bersyukur kerana akhirnya berpeluang menyertai The Bos Gaurus dan berharap ia mampu menjadi motivasi tambahan dalam usaha merebut tempat dalam skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee.

“Mungkin saya ada menunjukkan sedikit kelebihan semasa beraksi dalam Liga Perdana sehingga diintai pasukan atasan.

“Ia menaikkan moral saya untuk merebut tempat di pentas Sukan Asia,” katanya, menerusi laporan Stadium Astro.

Dalam masa sama, Syazwan yang merupakan antara pertahanan tertinggi serta mempunyai susuk fizikal yang tegap, tidak menganggap itu sebagai satu kelebihan besar buat dirinya merebut tempat.

Dia berasakan masih banyak perkara yang perlu diperbaiki terutama dalam menyesuaikan diri dengan corak taktikal 3-4-3 yang diterapkan skuad itu.

“Ia memberi kelebihan namun dalam masa sama, saya tidak boleh leka.

“Peranan saya masih melibatkan sentuhan bola dan sejauh mana saya dapat mengikuti arahan jurulatih.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");