Berita Hari Ini

Mitos Berkaitan Kesihatan Mudah Tersebar Di Laman Sosial

KUALA LUMPUR: Pelbagai mitos berkaitan kesihatan yang ada antaranya boleh membawa kesan negatif kepada masyarakat kini semakin mudah tersebar terutamanya melalui laman sosial.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata antara mitos yang sering diperkatakan termasuk vaksinasi dan penyakit kanser.

“…yang mengejutkan ada kalangan golongan berpendidikan menolak vaksinasi walhal kita sudah memastikan semua vaksin diberikan halal dan selamat,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran buku ‘Perang Melawan Mitos’ lapor Bernama.

Beliau berkata akibat terlalu percaya terhadap mitos diperoleh daripada laman sosial, anak-anak terpaksa menanggung kesan negatif daripada tindakan yang diambil itu.

“Bilangan yang menolak vaksinasi semakin meningkat dan kita berharap mitos mengenai kesan vaksinasi akan dapat dihentikan untuk kebaikan bersama,” katanya.

Buku Perang Melawan Mitos merupakan kompilasi soalan popular yang diajukan dalam laman sosial Twitter dan dijawab oleh anggota MedTweetMy, dan dijual dengan harga RM35 di rangkaian kedai buku MPH.

MedTweetMy ialah kumpulan pakar kesihatan yang terdiri daripada 51 anggota daripada 38 bahagian kepakaran kesihatan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");