Perak Hari Ini

Mohon MBI Mengindahkan Lagi People’s Park

IPOH: Taman Persisiran Ipoh atau lebih dikenali sebagai People’s Park dilihat kembali ‘hidup’ setelah beberapa tahun dikatakan sepi.

Menerusi tinjauan Team Perak Today semalam, kehadiran restoran BBQ Lamb Ipoh sedikit sebanyak telah menjadi alasan untuk warga kota meluangkan masa bersama rakan dan keluarga, sambil menikmati juadah yang enak.

 

Selain sumber pencahayaan yang agak baik, terdapat kesan-kesan baik pulih terhadap beberapa struktur binaan di sini, seperti tangga, dan ini merupakan perkembangan yang baik.

Walau bagaimanapun, mungkin pihak berkuasa tempatan, khususnya Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) boleh menaik taraf infrastruktur pada bahagian kawasan pejalan kaki, berhampiran dengan Sungai Kinta seperti menambah sumber-sumber pencahayaan, seperti di Kinta Riverfront Walk.

 

Selain itu, kawasan di sekitar tangga pada jambatan Jalan Sultan Iskandar juga mungkin boleh diindahkan lagi.

Dalam pada itu, pada Februari lalu, sebuah portal berita tempatan melaporkan kawasan taman awam berkenaan menjadi ‘sarang’ bagi golongan lelaki homoseksual pada waktu malam.

 

Berdasarkan tinjauan semalam, tidak ada sebarang aktiviti berkenaan seperti yang dilaporkan.

Hal ini berkemungkinan kawasan ini tetap dikunjungi orang ramai bersama keluarga sama ada mahu menjamu selara atau sekadar mengambil angin khususnya pada musim cuti persekolahan ini.

 

Di tambah pula kehadiran beberapa pengawal keselamatan yang bertugas di sini, bagi memantau keadaan sekeliling.

Salah seorang antara mereka yang tidak mahu dikenali berkata, tidak dinafikan memang ada kegiatan berkenaan pada awal tahun, namun, sejak MBI menambah baik sistem pencahayaan di sini, ia makin berkurang, malah warga kota juga ‘berani’ untuk datang ke taman awam itu.

Katanya lagi, pondok-pondok yang terdapat di People’s Park ini juga hanya menjadi ‘tempat persinggahan’ dan ‘tempat tidur’ buat beberapa golongan gelandangan di sekitar Ipoh.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");