Sukan Hari Ini

Mourinho Dibaling Botol

LONDON: Manchester United dan Manchester City diminta memberi keterangan kepada Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) selepas timbul laporan mengatakan bos Red Devils, Jose Mourinho dibaling dengan botol air dan susu oleh pemain City selepas perlawanan setempat, awal pagi semalam.

Menurut Harian Metro, media British melaporkan Mourinho terganggu dengan keraian ‘besar-besaran’ yang dibuat oleh City selepas kemenangan 2-1 ke atas United di Old Trafford sekali gus membuka jurang besar 11 mata di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL).

Mikel Arteta yang berada dalam sebahagian daripada pasukan kejurulatihan City juga dilaporkan mengalami luka berikutan insiden berkenaan.

“FA sudah menghubungi kedua-dua kelab untuk mendapatkan keterangan daripada mereka susulan laporan mengenai insiden selepas perlawanan setempat Manchester, semalam.

“Mereka diberi tempoh sehingga esok untuk menjawabnya,” kata badan induk itu dalam satu kenyataan hari ini.

Pengadil perlawanan, Michael Oliver tidak melihat sebarang insiden selepas perlawanan dan tidak memberikan sebarang rujukan dalam laporan perlawanannya.

Terowong di Old Trafford sudah menyaksikan pelbagai insiden pelik dan antara paling diingati ialah pada 2004 apabila bekas pengurus United, Sir Alex Ferguson dibaling pizza oleh pemain Arsenal.

City memaparkan gambar mereka sedang meraikan kejayaan di bilik persalinan di laman sosial dengan kemenangan yang ke-14 berturut-turut dalam saingan EPL musim ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");