Perak Hari Ini

MPT Tutup Jalan Untuk Laluan Raintree Walk, Zon Tanpa Kenderaan

TAIPING:Majlis Perbandaran Taiping (MPT) mengambil tindakan menutup sebahagian Jalan Pekeliling untuk dijadikan laluan Raintree Walk dan Zon Tanpa Kenderaan Bermotor pada 15 Disember lalu.

Menurut Yang Dipertuanya, Datuk Abdul Rahim Md Ariff,Datuk Abd Rahim Md Shariff penutupan sebahagian jalan sejauh 630 meter ini merupakan salah satu usaha bagi mengekalkan laluan yang mempunyai pemandangan tercantik dan paling unik di Malaysia.

“Laluan ini kelihatan seolah-olah dipayungi oleh 32 batang Pokok Hujan-Hujan @ Samanea saman yang ada di antaranya berusia lebih 130 tahun.

“Perancangan untuk menutup laluan ini dan mewujudkan Raintree Walk telah lama dibuat namun MPT perlu mendapatkan kelulusan dari kerajaan negeri Perak kerana melibatkan kepentingan dan keselamatan awam,” katanya menerusi satu kenyataan media.

Katanya setelah permohon itu diluluskan  sebagai Zon Tanpa Kenderaan Bermotor, laluan tersebut hanya akan dibuka kepada orang ramai yang ingin berjalan kaki di bawah rimbunan Pokok Hujan-Hujan ataupun berbasikal secara santai sambil menikmati keindahan tasik dan dan bukit bukau.

“MPT juga merancang untuk menjadikan lokasi ini sebagai tempat untuk penganjuran acara-acara MPT yang bermanfaat kepada umum.

“Pekerja-pekerja MPT telah bertungkus lumus sejak beberapa hari lalu untuk menyediakan kemudahan khas agar orang ramai dapat menggunakan laluan ‘Raintree Walk’ dalam suasana selamat dan selesa.

“Adalah diharapkan agar masyarakat, pengunjung dan pelancong bersama-sama menjaga kebersihan dan kelestarian kawasan tersebut,” katanya.

MPT juga menasihati orang awam supaya tidak melakukan perbuatan vandalisme dan berkelakuan sumbang yang dikhuatiri akan menjejaskan keunikan laluan Raintree Walk.

“Langkah penjagaan perlu supaya Raintree Walk sentiasa menjadi pilihan pelawat dan pelancong yang menjadikan Taman Tasik Taiping sebagai destinasi pelancongan mereka,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");