Jenayah

Murid 12 Tahun Antara 100 Penagih Dadah Ditahan

GEORGETOWN – Murid 12 tahun antara 100 penagih dadah ditahan dalam Ops Perdana Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Pulau Pinang di sini bermula Jumaat hingga semalam.

Kesemuanya 11 pelajar sekolah ditahan dalam operasi itu, kata Ketua Penguatkuasa AADK Pulau Pinang Nasruddin Abdul Rahman.

Beliau berkata, seramai 120 orang diperiksa dan mendapati 100 orang termasuk tiga wanita ditahan kerana positif pelbagai jenis dadah.

“Apa yang paling menyedihkan, dalam operasi itu kami turut menahan 11 pelajar sekolah termasuk paling muda berusia 12 tahun iaitu murid tahun enam,” katanya pada Isnin lapor Bernama.

Katanya dua daripada 100 penagih dadah yang ditahan itu memiliki syabu serta heroin dan mereka diserahkan kepada polis kerana turut didapati mengedar dadah.

Semua 100 penagih dadah berusia 12 hingga 72 tahun itu dihantar ke Pusat Tahanan Reman AADK Kampung Selamat untuk direman antara tujuh hingga 14 hari bagi siasatan lanjut, katanya.

“Operasi bersepadu dengan kerjasama polis dan Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM) itu akan diteruskan dari semasa ke semasa,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");