Isu Panas

Naib Presiden PKR Terima Surat ‘Skandal SPRM’

SHAH ALAM – Naib Presiden PKR, Dr Shaharuddin Badaruddin selepas mendakwa menerima sepucuk surat bertulis ‘Scandal SPRM, Bali & Hong Kong’ di peti surat rumahnya di Desa Pinggiran Putera, Kajang, kira-kira jam 9 pagi tadi.

“Selain surat ini, saya juga terima satu pendrive (pemacu pena) yang mungkin berkaitan dengan isu yang menyentuh skandal Bali dan Hong Kong yang melibatkan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).

“Bila dihantar itu saya tidak pasti,” katanya ketika ditemui pemberita, sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, hari ini.

Ketika ditanya tentang isi kandungan pemacu pena tersebut, beliau tidak tahu tentang isi kandungannya.

Jelasnya, beliau belum lihat apa isi kandungannya dan menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menyiasat perkara tersebut.

“Saya rasa biar polis siasat dan saya tidak mahu campuri urusan. Saya tidak tahu apa maknanya, tapi nota itu melibatkan SPRM, Bali dan Hong Kong,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");