Berita Hari Ini

Najib Arah siasat Segera Transaksi Curiga Tanah Felda

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri mengarahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan serta-merta berhubung isu penjualan tanah milik Felda di Jalan Semarak.

Datuk Seri Najib Razak menegaskan, Felda perlu mengambil tindakan yang sepatutnya bagi melindungi kepentingan Felda dan peneroka.

Menurut beliau, kepentingan Felda dan peneroka mesti sentiasa dijaga dalam segala usaha pembangunan.

“Saya mahu siasatan terperinci dijalankan oleh pihak berkuasa serta-merta. Tindakan akan diambil terhadap sebarang kecuaian atau salah laku,” kata beliau menerusi Twitter, sebagaimana dilaporkan MalaysiaGazette semalam.

Menurut Najib, siasatan itu memastikan sekiranya wujud kecuaian atau salah laku oleh mereka yang terbabit.

Katanya, tindakan akan diambil berasaskan laporan siasatan sebagai langkah memelihara kepentingan organisasi dan peneroka Felda.

Felda dalam risiko kehilangan hak ke atas tanah strategik di Jalan Maktab yang bernilai RM270 juta kepada Synergy Promenade Sdn. Bhd. (Synergy Promenade) melalui transaksi urus niaga yang mencurigakan.

Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Samad dalam kenyataannya berkata, Felda tidak menerima sebarang bayaran daripada Synergy Promenade hasil penjualan tanah miliknya di Jalan Maktab dekat sini.

Synergy Promenade adalah syarikat yang diberikan kuasa pentadbir (power of attorney) kepada tanah tersebut oleh Felda.

Laporan polis telah dibuat pada 12 Disember kerana mendapati urus niaga tersebut memiliki unsur-unsur salah laku.

Selain laporan polis, Felda akan membatalkan kuasa pentadbir yang telah diberikan kepada Synergy Promenade, mengemukakan saman sivil kepada pihak terbabit dan mendaftar kaveat tanah berkenaan.

Transaksi itu terdapat empat perjanjian jual beli (SPA) yang dimeterai oleh Synergy Promenade bagi jual-beli tanah milik Felda itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");