Isu Panas

Najib Mencontohi Kepimpinan Salahuddin Al-Ayubi

KUALA LUMPUR – Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan sebagai seorang pemimpin yang berjiwa besar.

Ketua Wanita Umno, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata, ini kerana Najib dilihat mengetahui ketika mana mahu mengasingkan waktu musuh harus ditentang dan waktu bila pekerti harus dijulang.

“Saya teringat bagaimana kisah seorang pemimpin Islam Salahuddin Al Ayubi, ketika Perang Salib, tiba-tiba beliau mendapat khabar, bahawa jeneral dari pasukan musuhnya sedang sakit.

“Disuruh para tentera berhenti berperang. Pada malamnya, Salahuddin menghantar doktor terbaik merawat jeneral musuhnya.

“Puan-puan ini bukan kecil jiwa, demikianlah pemimpin yang kita miliki hari ini, jelas kita lihat jiwa besar pemimpin BN kita semasa banjir besar melanda Pulau Pinang baru-baru ini,” katanya menerusi teks ucapan dasar Ketua Wanita Umno, di PWTC di sini hari ini memetik sumber Sinar Harian.

Pada awal November lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor melawat mangsa banjir di Pulau Pinang.

Dalam lawatan itu, turut bersama Najib dan isteri ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; beberapa menteri dan barisan exco kerajaan negeri.

Mengulas lanjut, Shahrizat berkata, penonjolan imej berkenaan adalah hasil didikan Umno yang akhirnya dapat melahirkan pemimpin yang berjiwa besar.

“Selagi tali bersatu, bersetia, berkhidmat dipegang kejap pemimpin dan ahli Umno, selagi itulah mereka akan terus berjiwa besar,” katanya.

Katanya, sekali dilepas genggaman ini, mengkhianati perjuangan parti, lihat sendiri buktinya sekarang, tiada kesatuan, tiada kesetiaan dan tiada lagi khidmat bakti yang dicurahkan, hanya propaganda menjadi mainan.

A

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");