Perak Hari Ini

NGO Islam Sifatkan Kenyataan Trump Sebagai Jenayah Besar Terhadap Umat Islam

IPOH: Keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel pada kelmarin telah mencetuskan kemarahan khususnya kepada umat Islam di negara ini.

Timbalan Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Zulkifly Ibrahim berkata umat Islam harus bangkit dan menentang keputusan itu selain menyifatkan ia sebagai suatu jenayah besar.

Katanya, MAPIM dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) lain telah menghantar memorendum bantahan di Kedutaan Amerika Syarikat, di Ibu Negara, hari ini.

 

“Kita telah meminta agar masjid-masjid utama seluruh negara, untuk membangkitkan isu mempertahankan Baitulmaqdis dalam Khutbah Jumaat.

“Selain itu, sebagai mana yang dinyatakan oleh Ketua Pergerakan Hamas, Ismail Haniyeh, kita juga menyeru semua pihak untuk bangkit dan menetang sebarang bentuk penjajahan Israel ke atas bumi Palestin ini dengan berterusan, kerana Palestin ini bumi para anbiya,” tegasnya.

 

Beliau berkata demikian kepada media selepas selesai mengadakan Perhimpunan Aman: Selamatkan Baitulmaqdis di perkarangan Medan Selera Datuk Sagor, dekat sini, selepas solat Jumaat, tadi.

Ia dihadiri kira-kira lebih daripada 50 orang awam serta wakil-wakil daripada NGO lain.

Antaranya, Timbalan Yang DiPertua Pertubuhan Irkam Malaysia (IKRAM) Negeri Perak, Mohd Fahmy Sarangat;  Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Perak, Hafez Ardhi; Pengerusi Pertubuhan Solidariti Madani Malaysia (MASSSA) Mustapa Mansor; serta wakil dari beberapa pertubuhan dan parti politik.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");