Sukan Hari Ini

Nicol David Tersingkir Di Suku Akhir Kejohanan Dunia

KUALA LUMPUR,:  Datuk Nicol David tersingkir daripada Kejohanan Skuasy Dunia 2017 selepas kalah kepada pemain Mesir Raneem El Welily di peringkat suku akhir  di dalam pertandingan yang berlangsung di Manchester, England.

,Nicol David tewas 1-3 dengan catatan 8-11, 11-8, 11-6, 11-6 dalam masa 41 minit menurut laman web kejohanan https://psaworldtour.com dalam perlawanan yang berlangsung awal pagi tadi waktu Malaysia.

Nicol menjuarai kejohanan dunia pada 2005, 2006, 2008, 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2014.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");