Perak Hari Ini

Orang Ramai Dijemput Sertai Festival Soltis Musim Sejuk

IPOH: Orang ramai dijemput bagi memeriahkan  Festival Soltis Musim Sejuk yang bakal diadakan pada 10 Disember  ini, di Pasaraya Aeon Big Falim.

Pegawai Tadbir Unit Hal Ehwal Bukan Islam, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Choong Shin Heng berkata penganjuran kali ini membawa kelainan di mana ianya terbuka kepada umum, tanpa mengira latar belakang bangsa dan agama.

“Acara tahunan ini, kebiasaanya akan diadakan secara tertutup dan hanya menjemput pihak-pihak tertentu sahaja, namun kali ini, kita akan menganjurkan secara terbuka yang mana kita memberi peluang kepada masyarakat berlainan latar belakang, untuk turut merasai perayaan ini,” katanya.

Menurutnya, perayaan Soltis Musim Sejuk ataupun dikenali sebagai Dong Zhi merupakan salah satu dariapda 24 musim yang disambut masyarakat Cina.

Tambahnya lagi, orang ramai juga berpeluang untuk merasai makanan tradisional perayaan tersebut –Tang Yuan, dan ianya halal.

“Festival ini akan melibatkan penyertaan daripada 18 persatuan Cina yang mana setiap persatuan itu akan menyediakan 200 Tang Yuan,” ujarnya.

Untuk tambahan, Tang Yuan ini diperbuat daripada beras pulut dan ianya akan digumpalkan menjadi bentuk bebola kecil.

Adakalanya ia ditambah pewarna dan perasa selain ianya akan dihidangkan bersama sup, di dalam sebuah mangkuk.

Acara yang dianjurkan Unit Hal Ehwal Bukan Islam dengan kerjasama Seksyen Wanita, Dewan Perhimpunan Cina Perak, ini akan dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan,Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam,Integrasi Nasional dan Kampung Baharu, Datuk Dr Mah Hang Soon.

Selain makanan, festival ini juga turut menyajikan beberapa aktiviti antaranya demonstrasi penyediaan Tang Yuan, persembahan nyanyian dan kebudayaan, ceramah berkenaan perayaan, dan sebagainya.

Ia bakal bermula dari jam 3 sehingga 5 petang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");