Membawang Hari Ini

PAU Kecoh Janna Nick Muncul

KUALA LUMPUR: Pelakon utama drama adaptasi Korea, My Coffee Prince, Janna Nick diserbu pengunjung pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2017, Sabtu.

Kehadiran Janna, 22, pada kira-kira pukul 1.30 petang itu bagi memeriahkan pameran jualan sempena PAU 2017 sebagai duta produk Cassandra Beauty Dust di aras tiga Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Ia juga merupakan sesi peminat bertemu dengan Janna yang melakonkan watak sebagai Dani.

Namun kehadiran Janna pada Sabtu kelihatan lebih feminin berbanding dengan watak ‘tomboy’ yang dibawanya dalam drama yang kini menjadi sebutan ramai.

Ternyata kecantikan Janna menjadi tumpuan apabila pengunjung PAU tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama bintang itu selain membeli produk yang ditawarkan pada harga promosi.

Turut hadir, pengasas bersama syarikat pengeluar produk berkenaan, Ayu Roslan dan Justynn Cassandra Mohamad Firdaus.

Sementara itu, kata Ayu, kehadiran Janna bagi aktiviti promosi selepas pelakon itu dilantik sebagai duta produk Cassandra Beauty Dust pada Oktober lalu.

Katanya, produk berkenaan mencatatkan jualan yang memberangsangkan dengan lebih 10,000 kotak setakat ini.

Mengenai drama arahan Michael Ang itu, Janna bergandingan dengan Fattah Amin yang memegang watak sebagai Raikal.

Drama My Coffee Prince yang kini ditayangkan di saluran Astro Ria 104 dan Astro Ria HD 123 turut dibintangi Fahrin Ahmad, Diana Danielle, Daiyan Trisha, Zain Hamid, Ellie Suriaty, Sharifah Shahirah, Jasmin Hamid dan Ejoy Azahari.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");