Isu Panas

PAU2017: Perwakilan Beri Cadangan Hishammuddin Menang Naib Presiden Tanpa Bertanding

KUALA LUMPUR: Perwakilan UMNO Selangor hari ini mengemukakan cadangan supaya Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk menang tanpa bertanding pada pemilihan parti akan datang.

Datuk Zainal Abidin Sakom berkata, ia bagi memastikan seluruh kepimpinan parti bersedia sepenuhnya berdepan pilihan raya umum akan datang.

“Naib Presiden tunggal (Hishammuddin) yang buat kerja tiga orang sudah menunjukkan bukti mampu untuk melaksanakan tugas.

“Juga beliau perlu diberi menang tanpa bertanding pada pemilihan parti akan datang. Jadi bermakna hanya dua kerusi Naib Presiden dipertandingkan pada pemilihan akan datang,” katanya semasa sesi perbahasan usul agama dan pendidikan Perhimpunan Agung UMNO 2017 (PAU2017) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini lapor Astro Awani.

Beliau turut bertanyakan dua soalan yang sama kepada seluruh perwakilan;

“Bukankah itu keputusan yang kita buat (semalam)?”

Lantas seraya perwakilan di Dewan Merdeka menjawab ‘YA!’.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");